Nasionalpilihan

Anak tendang ayah berusia 68 tahun hingga patah tulang rusuk

BERANG selepas ditegur kerana menconteng dinding rumah, seorang lelaki tergamak menendang ayahnya sendiri sehingga patah tular rusuk dalam kejadian yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 25 Ogos lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang melibatkan lelaki berusia 26 tahun yang juga anak bongsu kepada mangsa yang berusia 68 tahun.

Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur anaknya kerana menconteng dinding rumah menggunakan pen marker.

Bengang dengan teguran tersebut, lelaki itu telah memarahi dan menendang mangsa di bahagian rusuk kanan.

Mangsa kemudian pulang ke rumah isterinya di Seremban, Negeri Sembilan pada keesokan harinya dan disahkan mengalami patah satu tulang rusuk kanan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tuanju Jaafar.

Satu laporan polis kemudian dibuat pada pukul 2.08 petang oleh mangsa yang juga pesara juruteknik Hospital Kuala Lumpur pada hari sama.

Bertindak hasil aduan tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Basri Sagoni berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian dan menahan suspek kira-kira pukul 8.21 malam.

“Suspek yang juga seorang penganggur mengaku telah menendang perut bapanya kerana mahu mempertahankan diri daripada dipukul.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama dua hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. -SM

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button